Jam

Pentadbiran Sekolah

Guru Besar
Ustaz Jailani bin Rahmat
DGA 32

Penolong Kanan 1 (Kurikulum)
Ustazah Zainah binti Mahbob
DGA 29

Penolong Kanan (Kokurikulim)
Ustaz Mohd Hatta bin Laiman

DB 17

Penolong Kanan HEM
Ustazah Norazian binti Hj Md Omar

DB 17


GURU BESAR

GURU BESAR
Ustaz Jailani Bin Rahmat

WARGA GURU S A NURULFALAH LOK HENG BARAT

WARGA GURU S A NURULFALAH LOK HENG BARAT
Dari kiri duduk : Us Mohd Nazli Bahari, Us Mohd Hatta Laiman, Us Kamaludin Sharif, Us Rosnan Nasbon, Us Norizan Mislan. Berdiri dari kanan : Ustz Radhiah Mohd Amin, Ustz Siti Norela Nuruddin, Ustz Norziana Tukirin, Ustz Julaiha Johari, Ustz Intan Farazia, Ustz Intan Suhaiza Jamil, Ustz Norazian Md Omar, Ustz Linda Mohd Kamil, Ustz Norashikin Isa, Ustz Zabedah Awaludin dan Siti Khadijah Ibrahim.

Sekapur Sireh

Assalamualaikum WBT kepada semua pengunjung Blog Sekolah Agama Nurul Falah (F) Lok Heng Barat.

Pertama sekali, pihak pentadbiran sekolah ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pengunjung kerana melayari blog ini.

Blog ini dibina dengan harapan dapat memberi sedikit input tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan sekolah kami dan selain itu juga kami dapat memaparkan aktiviti-aktiviti sekolah.

Kami juga berhasrat menyiarkan hasil nukilan warga sekolah ini agar kami dan pengunjung dapat berinteraksi dan bertukar-tukar fikiran melalui komen-komen yang dihantar.

Selamat melayari blog ini...

Pentadbiran.

Sejarah Sekolah

Wednesday 20 May 2009

Hubungi Kami

Sekolah Agama Nurul Falah terletak bersebelahan Masjid Jamek Al-Firdaus Gugusan Lok Heng.
Kami Boleh dihubungi melalui:

Telefon : 07-8947020
Email : sanflhb@gmail.com
Blog : http://sanflhb.blogspot.com
Alamat : Sekolah Agama Nurul Falah
(F) Lok Heng Barat
81900, Kota Tinggi, Johor.

Gambar Sekolah























Jemputan Ke Majlis Hari Guru Agama 2009


Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Sambutan

Dengan segala hormatnya mempersilakan
Tuan / Puan .................................................................
Hadir ke Majlis Sambutan Hari Guru Agama, Kesyukuran,Yasin, Tahlil dan Maulidur Rasul
SAW. Tahun 2009
Pada hari Khamis
Tempat : Dewan Besar FELDA Semenchu, 81900 Kota Tinggi
21 Mei 2009 (Jam 2.00 petang)

(Pakaian Kebangsaan)

Tentatif Program / Aturcara Majlis
2-15 petang - Dhif-dhif jemputan mengambil tempat
2-30 petang -Ketibaan perasmi
- Bacaan Al-quran, terjemahan serta doa
- Bacaan Asmaul husna, nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku.
- Ikrar Hari Guru
- Koir
- Majlis Perasmian
- Ucapan aluan Ustaz Hj Ahmad Dhiauddin bin Salimin
( Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kota Tinggi )
3.30 petang - Ucapan Perasmian
4.28 petang - Solat Fardhu Asar
5.00 petang - Penyampaian anugerah
5.30 petang - Minum petang
6.30 petang - Bacaan Yasin dan Tahlil kesyukuran di Masjid
7.09 malam - Solat maghrib berjemaah
Ucapan aluan Pengerusi Hari Guru 2009
- Ceramah Agama
8.30 malam - Solat Fardhu Isyak / solat hajat
8.45 malam - Jamuan / bersurai

Tuesday 19 May 2009

Dana Lindung Nilai

Isu Semasa:

Oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad.

(Ini adalah rencana bersiri mengenai aliran semasa yang membawa kepada krisis kewangan masakini. Rencana asal di dalam bahasa Inggeris telah disiarkan di dalam Tun pada Mei 4, 2009)

1. Perniagaan yang dilakukan oleh dana lindung nilai (hedge funds) adalah lebih kompleks. Tetapi mereka juga boleh meminjam dari bank sehingga 30 kali ganda nilai wang pelabur yang mereka pegang. Dengan itu mereka mampu memberi keuntungan kepada pelabur hasil dari melabur 30 kali ganda dari wang yang dilaburkan. Selepas membayar faedah kepada bank dan komisyen pengurusan, pulangan kepada pelabur dari 30 kali ganda pelaburannya tentulah amat besar - jauh lebih besar jika pelabur sendiri melakukan pelaburan secara terus dengan modalnya sahaja.

2. Adalah dianggarkan 8,000 dana lindung nilai (hedge funds) menguruskan sejumlah 620 ribu billion dollar (620,000,000,000,000 dollar Amerika). Begitulah permainan mereka sehingga pelabur diyakinkan dengan keuntungan besar. Cara mereka melakukan pelaburan kerapkali diselubungi rahsia. Pusat kewangan bebas cukai luar negeri (offshore) kerap digunakan dimana mereka tidak perlu menyerahkan akaun mengenai perniagaan mereka yang meragukan.

3. Negara-negara miskin tidak begitu terlibat didalam perniagaan yang meragukan ini dan petunjuk-petunjuk ekonomi mereka adalah lebih tepat.

4. Krisis masakini terjadi kerana kebenaran yang tidak terhad yang diberikan kepada bank-bank untuk mencipta lebih banyak wang dan memberi pinjaman dan wang ciptaan ini. Walaupun mereka mengambil insurans perlindungan dan sebagainya, namun kerugian begitu besar sehingga tidak dapat ditangani dan disembunyikan walaupun oleh pihak bank dan/atau pemerintah.

5. Sebagai contoh, apabila mereka melabur 30 kali ganda dari wang yang telah dilaburkan kepada mereka, maka bila kerugian berlaku ia akan menjadi 30 kali ganda juga. Mereka masih perlu membayar balik pinjaman yang besar yang telah mereka dapati dari bank. Sudah pasti mereka tidak akan mampu melakukannya. Wang yang dilaburkan kepada mereka tidak akan mencukupi. Mereka akan meruntun turun bank-bank bersama mereka.

6. Walaupun kesannya kurang terhadap negara-negara miskin, namun krisis sebegini masih boleh memiskinkan mereka. Ini disebabkan negara rakan dagang yang dahulu mampu membeli barangan eksport negara miskin sekarang sudah tidak mampu lagi.

7. Amerika Syarikat dan negara-negara kaya yang lain sedang cuba mengembalikan kekayaan mereka dahulu dengan mengeluarkan ribuan juta dollar untuk menyelamatkan (bail-outs) syarikat-syarikat dan bank mereka. Dunia harus sedar ribuan billion dollar ini tidak datang dari cukai dan lain-lain pendapatan yang dikutip oleh Kerajaan. Ianya dicipta.

8. Malangnya, usaha menyelamatkan (bail-outs) dengan wang yang dicipta tidak akan dapat menjayakan usaha menghidupkan bank-bank dan perniagaan-perniagaan yang telah gagal. Ini kerana mereka tidak akan dapat menebus diri mereka menerusi perniagaan yang biasa dan halal kerana pendapatan dari punca ini tentu terlalu kecil. Mereka cuma boleh berjaya jika mereka dapat melakukan perniagaan yang meragukan dan tersembunyi. Tetapi, jika mereka melakukan yang ini, satu lagi krisis yang mungkin lebih teruk dari yang berlaku masakini akan terjadi.

9. Kerana kita telah membenarkan sekumpulan orang yang tamak menyalahgunakan system yang ada, dana lindung atau "hedge fund" telah dicipta oleh mereka yang diberi hak pinjam sehingga 30 kali ganda modal mereka. Apabila pelaburan mereka gagal maka kerugian yang besar yang dialami oleh mereka turut menyumbang kepada krisis kewangan dan ekonomi yang kita hadapi.